Ketika manusia terus
mengeksploit bumi untuk sumber alam, mereka semakin menyedari mengenai
kerosakan yang terjadi akibat perbuatan mereka. Pada abad kebelakangan ini,
manusia semakin menyedari betapa terlalu teruknya kerosakan alam sekitar akibat
perbuatan mereka dan ini menjadikan mereka semakin serusaha untuk
memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan
oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia bagi menghadkan
penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.
Salah satu sebab utama minyak digali daripada dalam bumi adalah bagi bahan api kenderaan pengangkutan. Selain daripada sumber pencemaran, minyak merupakan bahan api yang terdapat dalam jumlah yang terhad. Oleh itu akan sampai pada satu ketika di mana bumi akan kehabisan minyak dan ini akan menimbulkan masaalah kepada sistem pengangkutan.
Pakar sains dan penyelidik menyedari bahawa kenderaan pengangkutan seperti lori dan kereta tidak memerlukan minyak semata-mata, malah terdapat bahan api pilihan lain. Disebabkan oleh itu, pelbagai bahan api pilihan lain telah dimajukan bagi menggantikan minyak. Diantara bahan api yang mempunyai peluang untuk dimajukan adalah seperti berikut.
1.Bahan Api Bio.
2.Elektrik
3.Hidrogen
Kenderaan elektrik merujuk kepada kenderaan yang menggunakan
kuasa elektrik bagi mengerakkannya. Kenderaan elektrik berkesan bagi
menggerakkan kenderaan sebagaimana minyak. Selain itu, kebimbangan mengenai
pencemaran alam sekitar, mempelbagaikan sumber tenaga, dan ciptaan baru dalam
bidang industri kenderaan, kenderaan elektrik telah dipilih untuk dimajukan.
Ini adalah kerana ia menawarkan jawapan kepada masaalah sumber tenaga bagi masa
panjang, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Terdapat tiga pendekatan bagi membekalkan kuasa bagi
kenderaan berkuasa elektrik, iaitu hybrid, suria, dan sel bahan api (fuel
cells). Walaupun kenderaan berkuasa elektrik bukannya ciptaan baru, kebanyakan
kemajuan dalam industri kenderaan elektrik dibangunkan semenjak 1980-an, dan
dengan applikasi teknologi moden, pereka kenderaan elektrik mampu meningkatkan
kenderaan elektrik menjadi lebih berkesan dan berkuasa tanpa mencemarkan alam
sekitar.
Sejarah kenderaan elektrik telah lama bermula semenjak
abad ke 17 lagi. Kenderaan elektrik pertama yang diketahui merupakan model
kecil yang dibina oleh Professor Strtingh pada tahun 1835 di Bandar
Duct di Groningen. Kereta ini bagaimanapun tidak pratikal disebabkan harganya
yang tinggi dan tempoh hayat bateri yang singkat.
Kenderaan elektrik yang pratikal dibina adalah sebuah kereta
elektrik kecil yang dibina olehThomas Davenport di Amerika Syarikat.
Thomas meningkatkan keupayaan kereta elektriknya, mengurangkan harganya, dan
menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih
berkuasa. Walaupun dengan peningkatan ini, kereta elektrik tersebut tidak popular
kerana dia terpaksa menggunakan bateri tidak boleh caj semula bagi
kenderaannya. Kelihatannya orang awam tidak mungkin menggunakan kenderaan
elektrik disebabkan faktor bateri, tetapi ini semua bertukar apabila Gaston
Plante seorang Perancis mencipta bateri simpanan boleh dicaj semula pada
tahun 1865.
Kenderaan elektrik pertama yang mendapat perhatian
dunia adalah kereta lumba La Jamais Contente. Ia dibina di Belgium pada
1899 untuk berlumba. Kereta tersebut memecahkan rekod dunia di
Perancis dengan dipandu oleh Camille Jenatzy pada tahun 1899, dengan
kelajuan sehingga 62 batu sejam. Bagaimanapun kenderaan elektrik
dipinggirkan apabila kenderaan menggunakan minyak dimajukan, sehinggalah
1980-an.
Pada 1900-an kenderaan elektrik dimajukan bagi kegunaan lain
selain kenderaan awam. Ia dimajukan sebagai cara murah bagi bergerak jarak
dekat dalam kilang, padang golf, dan kampus, terutamanya di mana terdapat
keperluan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran udara. Tidak lama kemudian,
orang ramai mula melihat peluang bagi kenderaan elektrik. Pada awal 1980-an
pasukan penyelidik dibentuk, dibiayaai oleh syarikat kereta utama dunia bagi
membangunkan semula kenderaan elektrik dengan penggunaan kemajuan teknologi
baru dalam bateri, pengabungan sistem dan aerodinamik.
Tidak lama kemudian terdapat ura2 kerajaan akan mewajibkan
kepelbagaian sumber tenaga, dan syarikat kenderaan, tenaga elektrik, dan
masyarakat pendidik akademik mula melakukan penyelidikan, ujian dan
membangunkan kenderaan berkuasa elektrik.Sekitar 1990 beberapa bandar California mulai menggunakan
kuasa elektrik sebagai sumber tenaga bas, kereta-jalan (streetcars) dan
kenderaan pengangkutan awam untuk membantu mengurangkan tahap pencemaran udara.
Pada tahun 1992, pihak Kongres Amerika meluluskan Akta Polisi
Kecermasan Kebangsaan yang ditanda tangani oleh Presiden Bush yang menyatakan
antara lain bahawa penggunaan petrol di U.S. akan dikurangkan sehingga sepuluh
peratus menjelang tahun 2000 dan 30% menjelang 2030.
Dengan pengumuman ini, lebih banyak syarikat dan pasukan
penyelidik telah menyertai penyelidikan kenderaan kuasa elektrik. Pengeluar
kereta gergasi seperti Honda, GM dan Chrysler membelanjakan berjuta dolar bagi
penyelidikan agar kenderaan elektrik akan dapat dihasilkan bagi jualan seawal
1996. Juga semenjak Akta Polisi Pencemaran Kebangsaan diluluskan kenderaan
elektrik ditonjolkan secara meluas diseluruh US dan kerajaan turut menawarkan
potongan cukai bagi pemilik kenderaan elektrik. Salah satu punca kenderaan
elektrik dimajukan adalah bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan
selamat.
Oleh kerana sebahagian besar minyak digunakan bagi
pengangkutan, ia merupakan industri pencemar udara terbesar di dunia, dengan
itu terdapat keperluan mendesak bagi mencipta kenderaan yang tidak bergantung
kepada minyak. Kenderaan elektrik berpotensi menjadi jawapan terbaik bagi
permasaalahan ini. Kenderaan elektrik secara purata adalah 98% lebih bersih
berbanding kenderaan bakaran dalam menurut perbandingan kadar pencemaran udara.
Ini bererti bahawa sekiranya kenderaan elektrik menggantikan kereta
tradisional, pencemaran udara dapat dikurangkan sehingga 35% setiap tahun.
Selain itu, asap dari enjin pembakaran dalam mendorong
kepada pengurangan ozon dan pembentukan lubang ozon. Ini mampu meningkatkan
kadar radiasi ultra ungu sampai ke bumi, di mana ia merosakkan tanaman,
tumbuhan dan punca penyakit Barah. Penggunaan minyak turut menyumbang kepada
kerosakan sistem ekonomi dunia dan menggantikan kereta berkuasa petrol dengan
kenderaan elektrik akan mengurangkan kesan ekonomi yang akan diakibatkan oleh
kehabisan sumber minyak kepada dunia. Kekurangan minyak selama 5 tahun secara
berterusan mampu menyebabkan harga minyak mencecah tiga kali ganda, sesuatu
yang sukar dipercayai.
Namun sekarang, manusia semakin menyedari betapa serius
kerosakan alam sekitar akibat perbuatan mereka dan inimenjadikan mereka semakin
berusaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Oleh kerana 70% sumber pencemaran
udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia
bagi menghadkan penggunaan bahan api fossil, terutamanya minyak.

No comments:
Post a Comment